james-terabai

My blogs

About me

Introduction Saya ialah James Pembuat Terabai [ Perisai ]. Ringkasnya, James Terabai. Saya amat meminati dan mengagumi kesenian nenek moyang sebelah ibu saya ini sejak kecil lagi. Malah, saya amat menjiwai kesenian ini walau di mana saya melihat dan menjumpainya. Saya masih baru lagi dalam pembuatan terabai ini dan masih banyak yang perlu diketahui dan dipelajari. Saya mulai membuat terabai secara serius sejak setahun yang lalu. Namun, saya mempelajari pembuatannya di awal tahun 1990-an dahulu. Bolehlah dikatakan bahawa membuat terabai agak rumit dan banyak proses yang dilalui. Bermula menebang kayu, saya dan Pak cik saya akan memilih kayu yang sesuai sahaja. Memotong batang kayu menjadi blok-blok yang cukup panjangnya, membelah dua, membentuk terabai secara rawak, menghalusi dengan ketam kayu, menghalusi dengan kertas pasir sehingga mencorak dengan cat atau diukir…..sungguh meletihkan!!! Namun, setelah terbentuknya hasil kerja yang nampak sempurna timbullah kepuasan di hati.
Interests kesenian iban